PENGURUSAN OPERASI CIMB BANK
Dari segi Rekabentuk Perkhidmatan, Rekabentuk Proses dan Penggunaan Teknologi dalam Pembuatan Keputusan serta Perancangan Fasiliti dan Susunatur
Friday, 25 March 2011
Perancangan Fasiliti dan Susunatur
PROSES SUSUN ATUR (PROCESS LAYOUT)
Proses susun atur juga dikenali sebagai fungsian susun atur. Proses susun atur ialah sekumpulan aktiviti yang dilakukan bersama-sama mengikut proses atau fungsi yang tertentu. Dalam mereka susunatur bagi sektor perkhidmatan, memerlukan lorong yang besar bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk bagi setiap pelanggan.
MEREKABENTUK SUSUN ATUR PERKHIDMATAN (DESIGN SERVICE LAYOUT)
MEREKABENTUK SUSUN ATUR PERKHIDMATAN (DESIGN SERVICE LAYOUT)
Lihat selanjutnya...
Rekabentuk Proses dan Pengunaan Teknologi dalam Pembuatan Keputusan
Rekabentuk Proses
Berikut merupakan proses ketika membuat urusan di dalam CIMB Bank berdasarkan pemerhatian kami.
Pengunaan Teknologi dalam Pembuatan Keputusan
Antara isu yang timbul tentang penggunaan teknologi di CIMB Bank ialah
1. Muka hadapan terlalu banyak dengan iklan-iklan yang boleh mengelirukan pelanggan-pelanggan baru yang ingin menggunakan kemudahan ini untuk menyelesaikan satu-satu urusan.
2. Bahagian pengumuman tersorok di penjuru dan ruang yang terhad menyebabkan pelanggan tidak nampak dan mungkin tidak menyedari perubahan-perubahan yang dibuat oleh pihak pengurusan.
3. Bahasa perantara hanya dalam bahasa Inggeris sahaja.
Antara penambahbaikan dan jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh kami :
1. Mengurangkan iklan-iklan di muka hadapan atau menyediakan satu ruang hanya untuk pengiklanan.
2. Menghantar maklumat baru ke alat selular pelanggan sekiranya terdapat sebarang perubahan.
3. Pihak pengurusan perlu mewujudkan sistem dwi-bahasa supaya pelanggan lebih mudah memahami serta penggunaan adalah tidak terhad.
4. Sediakan satu set soalan yang sering ditanya oleh penguna bagi memudahkan pengguna yang baru petama kali mengunakan laman web.
5. Menyusun kembali laman web mereka dan meringkaskan laman web mereka seboleh yang mungkin kerana laman web kelihatan kelam-kabut dan mungkin mengelirukan pelanggan mereka yang pertama kali melihat laman web mereka
Rekabentuk Perkhidmatan
CIMB Group menyediakan perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia dan kelima terbesar di Asia Tenggara. CIMB Group Holdings Berhad disenaraikan di Bursa Saham dengan permodalan pasaran sebanyak RM63.2 bilion. CIMB Group menawarkan perkhidmatan dan produk kewangan seperti perbankan pengguna, korporat dan perbankan pelaburan, perbankan Islam, pengurusan aset, pengurusan kekayaan, insurans dan takaful dan perbankan persendirian. Berikut merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh CIMB Group
Lihat selanjutnya di sini....
Laporan Pemerhatian Di CIMB Bank Unikeb, Bangi
CIMB bank merupakan perbankan yang utama di ASEAN. Di sini CIMB menawarkan pelbagai jenis produk kewangan dan perkhidmatan yang meliputi perbankan pengguna, perbankan pelaburan,perbankan islam dan perbankan persendirian.
Bank ini beribu pejabat dia Kuala Lumpur. Sebagai tambahan, ahli kumpulan kami telah melakukan permerhatian di cawangan CIMB Bank. Pemerhatian dilakukan di UNIKEB UKM. Hasil daripada pemerhatian kami mendapati pelbagai urusan penting di lakukan oleh pelanggan. Antara urusan yang biasa dilakukan adalah urusan penerimaan dan pembayaran tunai. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan kami telah mengenalpasti beberapa perkara iaitu
- Waktu puncak iaitu dimana pelanggan lebih ramai ialah pada waktu tengah hari dan waktu petang
- Masa menunggu terlalu lamaKaunter yang dibuka tidak mencukupi apabila waktu puncak
- Kakitangan tidak mencukupi
- Kemudahan tidak mesra pelanggan seperti contoh apabila pelanggan di panggil pelanggan tercari-cari di mana kaunter mereka kerana nombor kaunter berada di bawah kaunter
Tuesday, 22 March 2011
17 Mac 2011
Pada pagi tersebut kami menerima mesej daripada pengurus CIMB Bank bahawa beliau tidak dapat menjalankan temuduga tersebut. Maka keputusan telah dibuat iaitu kami akan membuat laporan berdasarkan pemerhatian kami.
16 Mac 2011
Kami menjalankan pemerhatian dan semuanya berjalan dengan lancar. Satu laporan penuh akan dibuat berdasarkan pemerhatian kami.
15 Mac 2011
Satu perjumpaan telah diadakan bersama ahli kumpulan untuk memberitahu tugasan melakukan pemerhatian (observation) di CIMB Unikeb, UKM. Tugasan ini dilakukan pada 16 Mac 2011 bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang. Terdapat 3 sesi iaitu pagi, tengah hari dan petang selama 2 jam. Najwa, Nabihah dan Marliyana ditugaskan pada sesi pagi. Hidayah dan Hanisah pada sesi tengah hari. Manakala Fazlina dan Salmihah pada waktu petang. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat catatan dalam kertas laporan yang akan disediakan.
Monday, 21 March 2011
14 Mac 2011
Kami telah memohon temuduga dilakukan dengan Pengurus CIMB Bank di Unikeb. Tarikh yang dipersetujui ialah pada hari Khamis, 17 Mac 2011 pada pukul 4.30pm.
Pemilihan Syarikat
Pada permulaannya, kami memilih syarikat pemprosesan produk, DRB Hicom. Disebabkan mereka tidak dapat menerima lawatan kami kerana audit sedang dijalankan di syarikat mereka akhirnya kami sebulat suara memilih CIMB Bank sebagai kajian kes di dalam projek kami dari segi perkhidmatan.Sebelum itu kami telah membuat beberapa panggilan ke Permanis untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan lawatan kami tetapi telah ditolak kerana audit sedang dijalankan di syarikat mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)